Quantcast
Channel: RESEPI SUMBANGAN JY 2008-2025
Viewing all 926 articles
Browse latest View live

528. AYAM SAMBAL SOTO-iftar 14

$
0
0
Ayam ni seakan stew tapi ilahjy tambah rempah soto, masak seperti biasa.

Bahannya:

1 mangkuk sup isi ayam dipotong sebesar 2 jari@kecik2

Goreng dalam minyak tenggelam sehingga 3/4 masak.
Keluarkan minyak tinggal Cukup2 untuk menumis
Ayam masih dalam kuali tadi, masukkan 2 sudu besar cili mesin
Cili mesin mesti dimesin bersama bawang2 dan sedikit belacan
Masukan 1 sudu besar rempah soto, sos tomato, sos tiram dan sedikit kicap
1 biji buah tomato dipotong dadu besar

Masukkan sedikit air masak sehingga terbit minyak dan perasakan garam. Masukkan daun bawang dan daun sup.

NOTA: ILAHJY  MESIN CILI BERSAMA BAWANG BESAR DAN BAWANG PUTIH DAN SEDIKIT BELACAN DALAM JUMLAH 1 BALANG MESIN PENGISAR DISIMPAN UNTUK  KEGUNAAN HARIAN. MEMUDAHKAN KERJA2 DI DAPUR. Siap sedia dalam petisejuk.


529. DADAR BERPERISA PISANG-iftar 15

$
0
0
Misi menghabiskan inti kelapa minggu lepas
Jemu dengan warna hijau dan perisa pandan, ilahjy telah berikan perisa pisang star brand dan campur pati santan dan telur. Memang enak dan wangi sekali. 


3 HASIL NUKILAN AZLITA AZIZ-MASAM MANIS.

$
0
0
Berbuka di oen big wangsa maju petang semalam.

Bagi rakan2 yang berminat utk mendapatkan buku2 resepi ini sila ke kedai buku berhampiran foodcourt. Masih banyak lagi. Tapi kena ke dalam kedai bukan di luar ya. Bangganya ilahjy kerna kenalan blogger yg amat ilahjy kagumi bakatnya sejak mula kenali beliau 2010 lagi ketika beliau mula membina blog masak. Ilahjy kagum dgn setiap hasil kerja photografinya dan juga hasil kerjatangan masakannya amat bermutu tinggi dan penuh dgn keseniannya yg tersendiri. Pujian ku beri di setiap komen bersama semangat utk terus berjaya..buat beliau.
Setiap hari ilahjy pasti tertunggu2 entry terkini azlita.. pasti tertanya2 apakah yg akan beliau paparkan di blog masakan beliau.
Akhirnya, berbekalkan bakat smulajadi beliau telah membukukan hasil kerjanya. Semoga DEK ITA LAWA KUSSS akan maju jaya dlm bidang ini. Disamping menceburkan diri dalam menjual terus makanan terutama kek2 kpd peminat2 
Itulah gelaran yg ilahjy berikan sbb setiap kerjanya cantik menarik tertarik jadi ilahjy mengelarkan DEK ITA LAWA..lawa ni besar maknanya disamping wajahnya yg manis kerja2nya semua kemas cantikmenawan..juga pandai menghias rumahtangga dan pandai mendidik anak yg encem2 dan cantik secomel dalili..yg juga berminat dgn masakan. Chef cilik...
Ilahjy tak pandai mengarang cuma sekadar coretan ringkas tuju khas utk kenalan alam maya yg dah 3tahun dikenali dan mesra umpama depan mata. Terima asih dn tahniah atas kejayaan ini duhai adinda AZLITA AZIZ- blogger MASAM MANIS cook with love

530. ROTI JALA KARI AYAM DAN BUBUR PULUT HITAM-iftar 17

$
0
0
Roti jala kari ayam untuk sisulung kuss
Bubur pulut hitam idaman kalbuku

531. AYAM GOLEK SATAY-IFTAR 18

$
0
0
26 hb adalah hari akhir LAST KOPEK PERNAMA
Ilahjy buat kali ke2 pergi jengah2 Jualan. Hari pertama pergi ilahjy beli kuali VANTAGE saiz 36cm. Saiz 32 cm dah beli tahun lepas.
Jadi sebelum pencen apa yg hajat baik beli.. hehee..
Hari akhir pergi ada jualan ayam 6rm sekilo ilahjy beli seekor je. Tup2 selepas tu en hb bawa balik ayam sekor lagi. Wah wah.. kebetulan la pula.sbb murah en hb pun tergerak  nak beli ... jadi utk berbuka hari ni terpaksa la habis sekor dulu utk elak peti sejuk sesak. Anak2 semua berkumpul depa minta mama buat ayam golek. Ilahjy guna kuali ajaib vantage yg 32cm.. ngam2 sekor... 36cm nanti lah duluu... rasmi hari lain yee..
Semasa proses  membakar tadi.. harum semerbak serumah... bila berbuka anak2 cakap sedap rasanya mcm satay.. memanglah mama masak  ala2 satay.. sbb tu rasa satay... macam biasa resepi campak2 .... tapi ilahjy cuba masukkan resepi di sini.
Sejak beli vantage tu dah 4,5 kali buat ayam golek aka bakar. Cepat dan mudah juga bersih.



Resepi ciptaan ilahjy : Bahannya:

1 ekor ayam di buang kulit dan buang semua lemak.
Cucuk2 ayam dengan garfu

Bahan mesin:

3 sudu besar jintan putih biji
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 inci halia
2 inci lengkuas
1 biji bawang besar
5 ulas bwg putih
1 ulas kunyit hidup

Caranya:

Kisar semua bahan sehingga halus
Campur garam dan   2 sudu besar gula gaul sebati
Gaulkan serata pada ayam. Perap 1 jam.

Keluarkan kesemua rempah tinggalkan sedikit bersalut pada ayam 
Bakar dalam kuali ajaib  double pan vantage. Sehingga masak.
 Keluarkan siram dengan rempah tadi.

Cara masak rempah ayam:

Masukkan pati santan bersama sedikit minyak, panaskan sehingga mendidih  
Setelah masak tuangkan ke atas ayam bakar tadi. Sedia untuk dimakan.

532. AGAR2 MILO COKLAT BAR OREO-iftar 18

$
0
0
N3 semalam terlupa nak post... tersimpan di draf..


Bahan resepi mengikut citarasa ilahjy sendiri, adaptasi dari idea kawan2  yg telah beramai2 membuatnya..

Resepi ini khas utk ku simpan dimasa akan datang

Agar2 tali direndam dan rebus sehingga hancur
Tambah gula masak sehingga gula hancur
Masukkan susu cair setelah mendidih bahagi 3

1 bahagian biar kosong patah2kan oreo biskut masukkan ke dalamnya kacau rata

2 lagi bahagian masak semula campurkan milo, coklat bar dan susu pekat
Masak sehingga mendidih. Bahagia semula kepada 2.

Tuangkan  ke dalam acuan, adunan milo pertama, bekukan
Setelah beku cakar dgn garfu tuangkan adunan oreo tadi.
Setelah beku cakarkan lapisan oreo dan tuang pula baki milo tadi
 Sejukkan dalam peti sejuk. Sedia utk dihidangkan.

533. BAWANG GORENG DAN PUDING ROTI KARAMEL-iftar 19

$
0
0
BAWANG GORENG MAKCIK MANGGIS AKA KAK SAPINAH AHMAD.
Resepi nya ilah jy telah olah ikut selera ilahjy
Jika berminat sila rujuk ke blog masakan cik manggis
Terima kasih kak nah kongsi resepi ini..maaf ilah telah derhakakan resepi  itu.




Bahan: sukatan ikut ilahjy:

10 ulas Bawang kecil merah di mayang nipis
3 ulas bawang  putih dimayang nipis
Sedikit tepung gandum
Sedikit garam -ilahjy tambah
Sedikit gula-ilahjy tambah


Caranya:

Campurkan ke dua jenis bawang, renjiskan tepung gandum sekadar meliputi 
Bawang2 itu sahaja. Goncang2kan bekas supaya tepung sekata
Panaskan minyak yang banyak separuh kuali, Masukkan bawang2 dengan api yang sederhana Goreng sehingga bawang bertukar warna keperangan. perlahankan api
Renjiskan sedikit garam goreng sekata dan toskan atas kertas tisu.
Renjis sedikit gula dan goncang2kan bekas supaya sekata. tujuan gula di renjis utk mengekalkan keranggupan bawang. Itu cara ilah jy
Tapi dgn hanya menggunakan tepung sudah cukup utk meranggupkan bawang ini.

Setelah bawang sejuk simpan dalam bekas kedap udara.
Minyak mengoreng bawang boleh digunakan utk memasak makanan yg lain enak dan wangi sekali aromanya.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥

PUDING ROTI BERTOPING KARAMEL

Utk dibawa ke majlis berbuka di rumah anak2 yatim oleh
3 orang anak dara ilahjy 

Gula dihanguskan curah terus ke atas adunaan puding roti dan kukus sehingga masak. Ilahjy tak guna sos kastard kerana agak lama utk berbuka takut puding kembang jika guna karamel, puding tetap kekal bentuknya dan enak juga cara ini.


Bahannya 

2 buku roti gardenia
5 biji telur
1 senduk nasi marjerin
1 tin susu cair
1/2 tin air
1/4 tin susu pekat
Sedikit garam
3 sudu besar tepung kastard
6 sudu besar gula pasir

6 sudu besar gula untuk buat gula hangus

Caranya:

Koyak 4,  setiap kepingan roti
Campurkan  kesemua bahan pukul sekejap dengan pemutar telur sehingga sebati

Tuangkan adunan ke dalam  bekasa berisi roti kacau sebati
Masukkan ke dalam acuan berlenser marjerin
Tekankan supaya rata

Panaskan 6 sudu besar gula sehingga mencair dan menjadi perang
Tuangkan ke atas  adunan roti 
Kukus sehingga 30 minit sehingga masak
Sejukkan baru dipotong.

534. KASIDAH-Iftar 20

$
0
0
Semalam buat bawang goreng, memang khas untuk buat kasidah.
Sejak puasa tekak ni terasa nak makan ...teringat arwah nenek masa bulan puasa pasti akan kacau kasidah. ilahjy akan tengok je tok kacau. Tapi sayang resepi tak teringat nak belajar. Nasib baik menantu arwah org perlis pandai membuatnya. Tapi mak Njang ajar kasidah warna oren, dia buat jualan waktu puasa di kedah.
Tapi kali ni ilah jy buat tanpa warna, baru lah sama dengan arwah  tok. 
Di n3 lama memang ilahjy buat warna oren. Jom layan lagi sekali resepi yg mudah ni.


Bahan:

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
3/4 cawan gula
2 1/2 cawan air
3 sudu besar marjerin /minyak sapi ilahjy guna

Caranya:

Campur kesemua bahan kacau sebati
Masak dengan api yang sederhana sehingga berkilat
Tuangkan dalam bekas ratakan
Taburkan Bawang goreng tekankan supaya melekat
Sejukkan dan potong



535. SET AYAM SOS LADA HITAM-iftar 20

536. KUIH LOMPANG-iftar 21

$
0
0
Susah sangat nak jadi lesung pipitnya setiap kali buat kuih lompang  ni.
Pelbagai resepi disimpan dan dicuba tapi ttp sama.
Kebetulan sehari dua ni ilahjy ternampak dalam fb dlm group SAMBAL HIJAU.
Lesung pipitnya besar dan dalam. Puas letak inti kelapanya.
Terus amek resepi yang hampir sama dgn resepi simpanan ilahjy terus ilahjy buat untuk berbuka iftar ke 21. Walaupun kecil sahaja lesung pipitnya, ilahjy tetap berpuas hati dan akan dicubai lagi. Mungkin ada teknik yg tersembunyi.


Bahannya:

250 gm tepung beras
250 gm gula pasir
100 gm tepung kanji* x de,ilahjy guna tpg jagung
1 liter air
Daun pandan
Pewarna

Caranya:

Masak air, daun pandan dan gula sehingga mendidih, sejukkan,
Campurkan air gula dengan tepung2 kacau sebati dan tapiskan
Warnakan ikut selera, ilahjy beri perasa esen pisang
Panaskan acuan seketika, tuangkan adunan kukus selama 15 minit
Sejukkan baru keluarkan dari acuan hias dgn kelapa parut.

Tips ilahjy: selepas padam api buka tutup pengukus, sendengkan loyang kukusan supaya air dalam lompang tersejat, barulah lesung pipit terserlah...

537. PUDING BUIH MAJIDEE-IFTAR 23

$
0
0
Sengaja ilahjy beri nama puding buih majidee, sempena tempat ilahjy belajar buat  puding buih ini. Selama 10bulan kami tinggal di kem majidee pd thn 2003. Sesingkat itu juga kami tinggal di kangar perlis juga selama 10 bulan pd tahun 1998 dan juga 10 bulan juga berada dibentong pahang 1999... aduuuiii bygkan betapa penat pindah randah sebanyak 18 kali 18 rumah sehingga la ke kl ni tmpt terakhir kami. Sudah hampir 7 tahun di mindef ni... lega rasanya tak pindah2 lagi sehingga pencen 2014 nnti... aminnn
Jom kita lihat resepi olahan ilahjy 


Bahan puding:resepi olahan ilahjy.

1 1/2 cawan tepung jagung
4 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
 1 sudu teh esen vanilla
3 biji  putih telur- pukul sehingga kembang

Caranya:

Campurkan kesemua bahan kecuali telur.
Dengan api yang sederhana panaskan sehingga berkilat
Padamkan api, masukkan putih telur terus dikacau sehingga sebati dengan senduk kayu. Basahkan acuan tuangkan adunan dan ratakan
Sejukkan baru dipotong.
Boleh juga diwarnakan dan diletak dalam acuan kecil2.
Pernah ilahjy buat tahun lepas.


Bahan kuahnya:

3 biji  merah telur dipukul seketika
2 sudu besar tepung kastard

1 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin air
1 sudu teh esen vanilla

1 tin buah2an campuran ambil airnya juga

Caranya:

Campurkan kesemua bahan kecuali telur Kacau sebati, panaskan sehingga mendidih
Masukkan telur kacau sebati padam api.
Kemudian masukkan buah2an bersama airnya sekali.

Semasa makan hidangkan bersama puding buihnya sekali
Boleh dicampur ketulan ais.

538. TIMUN SUSU-IFTAR 24

$
0
0
Setelah berbelas tahun tak jumpa buah nie akhirnya pagi tadi  misi mencari durian belanda gagal di pasar chow kit ALLAH taala gantikan dgn TIMUN SUSU berkulit putih. Selalu makan kulit hijau berbelang mcm tembikai biasa.
Saiz buah ini sebesar labu air. Dlm 2,3 jengkal panjang. 
Timun ni sejuk. Orang yg ada sakit urat tak molek memakannya. Ilahjy juga tak boleh. Tapi membolehkan juga utk makan walaupun sepotong dua utk hilangkan kempunan belas tahun ni...



Caranya:

Pati santan yang diperah guna air panas
Gula secukupnya
Garam secukup rasa

BUAH SETIR@SETEY DAN BUAH SETOL@SETOI- bakal pupus

$
0
0
Nak jadi rezeki ilahjy semalam pagi misi mencari di chow kit kl, durian belanda gagal ALLAH swt gantikan dgn buah setir ni..dah berbelas tahun tak makan buah yg bakal pupus ni.org belum kenal ia bakal pupus pula. Oleh kerana itu ilahjy sedang dlm misi menanam semula buah2an yg tak berapa digemari jika ada depan mata.
Setakat ini ilah jy telah berjaya tanam buah2 yg bakal pupus sebelum ia dikenali  anak  cucu cicit ku sendiri bukan org lain pun...
4 batang Buah keriang dot telah ilahjy tanam di kebun dah beusia 1 1/2 thn . buah setoi baru disemai dlm 2 bulan.. dan  setir ni baru dlm proses.. 


 Beza setir dan setol..wpun nmpk sama
Setir kulitnya kasar ..buah setol kulitnya agak berbaldu dan tebal
Rasa setir masam manis dan setol siam manis2 masam

539. RENDANG PUYOH-IFTAR 27

$
0
0
10 ekor burung puyoh ini kami beli di sebuah kedai pembekal sejuk beku, di taman Melawati hari ahad lepad, kebetulan pergi beli kasut raya anak2 di giant permata.


Bahan: resepi  jy sendiri

10 ekor puyoh di potong empat

Bahan dibawah dimesin halus:
3 sudu besar jintan putih biji
2 sudu besar jintan manis biji
2 sudu besar rempah biji
3 inci halia
1 ketul kunyit hidup
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
5 sudu besar cili mesin

Bahan tambahan:
1 batang serai diketuk
5,6 helai daun limau purut
5 sudu besar kerisik
1 cawan pati santan
2 keping asam gelugor
Garam dan sedikit gula

Caranya :

Perap kesemua bahan dengan puyoh 1 jam
Panaskan minyak, masukkan kesemua bahan perapan.
Masak sehingga pecah minyak dan rempah menjadi garing dan tambah air.
Masukkan kesemua bahan tambahan setelah mendidih, masukkan pati santan. Masak sehingga pekat.

540. TAUHU TERATAI LAYU DITASIK MADU

$
0
0
Sedapnyeee ranggup tapi lembut di dalam
Sesuai dengan nama yg ku beri diatas
2 tahun lepas pernah cuba buat, tapi tak jadi sebab tak de resepi cuma berdasarkan 
Tauhu yg diberikan seorang kawan.kekonon nak tiru aksi pandai sendiri laa..
Pula tu guna tauhu 4 segi yg tebal tu. Mana nak jadi. 
Baru2 ni Bila dpt info terus ilahjy mencubanya. Syukur menjadi walaupun tak sekemas yg diharapkan.




aauummm chakkkk

$
0
0
Salam sejahtera. Lama ilahjy tak hupdate dapo maya ini sejak n3 pasal birthday pd 19 ogos lepas ilahjy amat sibuk menjahit.. setelah sekian lama baru bergolek sekoci dan geledung  mesin tu. Itu pun di atas sebab2 yg teramat penting buat kami sekeluarga. Baru penuh semangat ilahjy menjahitnya.. semua sudah selesai dgn jayanya tinggal sikit jer lagi.. Harap semua lancar sehingga garis penamatnya..

Tunggukan masanya... apakah ia?...???

541. LAKSAM PEMBUKA TIRAI N3 MASAKAN SEKIAN LAMA BERSAWANGAN

$
0
0
SALAM SEJAHTERA BUAT PENGUNJUNG2 RESEPI SUMBANGAN JY

 setelah sekian lama menyepikan diri dalam masakan dunia blogger.
Hari ini ilahjy cuba kembali selepas 2 bulan bersawangan dapur maya ku ini.
Dengan LAKSAM TEMBUN hehehe buat malam tadi. Untuk disedekahkan pada kawan2 rapat di tasik dato keramat. Tak mampu nak buat banyak2 ini pun 3 adunan ilahjy bancuh kukus pun berselang seli dgn masa masak lauk pauk mkn mlm. 
Alhdulillah dapt siap 18 gulungan yg gemok2..  puas makan dan senang nak gulung kalau tebal. Nipis2 ok juga tapi susah nak gulung. Bancuhan kali ni lebih kurang sama cuma ada sedikit laa.. yg kurang.. tepung kanji habis rupanya. Maka lebihkan tepung gandum... sebenarnya sejak dah pakar dalam laksam ni... tokok tambah kurang pun semua menjadi jeee kihkihkih puji nampak... asal bahagia.. tak kacau pun orang... sapa nak marah kan..


Resepi kali ni jom layan:

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
Sedikit garam
5 3/4 cawan air suam

Caranya:

Campur kesemua bahan kacau sebati 
Tapis ke dalam jag memudahkan untuk proses mengukus

Panaskan kukusan dan sapu minyak masak atas tudung periuk.
Setelah panas baru tuangkan adunan. Kukus sehingga gelembung baru di angkat dan di gulung. Sedia untuk digunakan.

Sila rujuk n3 lama LAKSAM untuk pelbagai resepi laksam ilahjy yang telah pun ilahjy olah bahan dan warna..sila klik link dibawah utk laksam n3 lama.

 http://ilahmasakanku.blogspot.com/search?q=laksam

JOM NYANYI LAGU LAMA -saja ber n3 sapu sawangan

$
0
0
P. Ramlee (P. Ramlee)

Putus Sudah Kasih Sayang 

Putus sudah
Kasih sayang
Ikatan asmara
Hancur berderai-derai

Apakah dosaku
Apakah salahku
Kau runtuhkan
Jambatan asmara

Oh sampai hati
Engkau pergi
Tinggalkan padaku
Racun berbisa

Membara di dada
Oh membakar di hati
Hingga kering layu
Berdebu

542. KEK COKLAT KASTARD CARAMEL

543. UDANG MASAK LEMAK CILI PADI BUAH KEMANG/BINJAI

$
0
0
MAKAN TENGAHARI 10 NOV 2013
Buah kemang segar beli kat MELAKA
kaw2 punye masam... tapi tetap sedap...


Viewing all 926 articles
Browse latest View live